FARID INTER SERVICES TRADER

TESTIMONI


 
                           
               
Testimonial / Ulasan ( 2007 )

Encik Md Farid Bin Masrif telah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia, Selangor sejak tahun 1999. Berkhidmat 17 tahun dalam jabatan ini. Di atas kecemerlangan perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2003.

Selain menjalankan tanggungjawab sebagai Juruaudio Visual yang menyediakan perkhidmatan alatsiaraya majlis rasmi kerajaan pusat dan agensi agensi lain yang memerlukan. Di Selangor perkhidmatan beliau sangat sangat diperlukan dalam melaksanakan dan mempastikan perjalanan majlis rasmi kerajaan negeri Selangor.

Lebih lebih lagi penglibatan beliau dalam menjalankan tugas majlis Istiadat DiRaja Selangor di Istana Kayangan, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang Selangor. Beliau juga telah diberi tugas menjalankan tugas tugas menyelia Juruaudio Visual ( kenderaan ) mulai 1999 hingga 2003.

Dalam kerja kerja amal dan sukarela, beliau adalah seorang Jurulatih Persatuan Taekwondo Malaysia / World Taekwondo Federation yang mengajar murid murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Methodist Petaling Jaya, Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai Bangsar, anak anak penduduk Kampung Sungai Mulia Batu 5 Gombak, Selangor, siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Perubatan Titiwangsa dan anggota anggota Kem Komandan di Ibupejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur.

Dalam pertubuhan yang lain, beliau adalah seorang ahli tamat dan di amanahkan sebagai Pembantu Jurulatih Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, cawangan Selangor, dan ahli Oyama Karate Do Kyokushinkaikan Academy di Petaling Jaya, selangor.

Sebagai anggota pasukan pertahanan sukarela pula, beliau sangat cemerlang dan banyak menyumbang dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM yang berpengkalan di KD SRI KLANG,Pulau Indah Klang. Beliau telah di naikkan pangkat Bintara Kanan pada 1 April 2005 dan dilantik sebagai Bintara Bomba, Bintara Bahagian Teknikal, Bintara Jabatan Sumber Manusia dan Jurulatih Taekwondo - WTF (Pertubuhan Taekwondo Sedunia), Tempur Tanpa Senjata (TTS).

Sebagai anggota yang aktif dalam sukan Seni Mempertahankan Diri (SMD) beliau dipilih untuk mewakili unit KD SRI KLANG dan TLDM bagi Kejohanan Mini Olimpik TLDM dan Kejohanan ATM pada 2002 dan 2004.
      
Seni Beladiri Farid Masrif (S.B.F.M)  
 
 


 

KD SRI KLANG
PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM
BAHAGIAN SELANGOR
JALAN SEMARAK
50634 KUALA LUMPUR
 
 


 

Tel:      03-20713964
Faks: 03-26971631
 
26 Jan 04
 
KG / ANG / 1408 – ( A )
 
Tuan Mohammad Kamal Bin Mat Noor
Pengarah Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Selangor
Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Selangor
Tingkat 21, Wisma Darul Ehsan
40612 Shah Alam
 
PEMBERIAN PINGAT KEBAKTIAN ( PK )
- 8000544 TLS MD FARID BIN MASRIF
 
1.       Bintara Muda Md Farid Bin Masrif adalah seorang anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia ( PSSTLDM ) yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Beliau telah menganggotai pasukan ini mulai 19 Feb 88.
 
2.       Setelah dinaikkan pangkat dari Laskar Kanan ke Bintara Muda ( Petty Officer ) Teknisyen Letrik Senjata pada 1 Apr 1999 yang berdasarkan prestasi cemerlang, kebolehan dalam mengendalikan kelas dan melaksanakan segala tugas yang diamanahkan. Dibidang sukan, beliau terlibat dalam Seni Mempertahankan Diri ( SMD ) – Taekwondo dan dilantik sebagai Penolong Jurulatih KD SRI KLANG. Sumbangan kepada unit ini amat membanggakan dimana beliau telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan SMD di Sukan Dwitahunan Mini Olimpik TLDM pada tahun 2000 dan dipilih sebagai pengadil Pertandingan SMD 2002 di Rejimen Askar Melayu Diraja 5 Divisyen, Sarawak.
 
3.       Beliau terus aktif dalam menjalani latihan mingg uan, di pengkalan dan di kapal TLDM. Antara latihan yang dijalani di kapal ialah KD SRI INDERA SAKTI ke Pusan Korea, Yokosuka Jepun dan Manila Philipina pada tahun 2002. Beliau diperjawatkan sebagai Bintara Di Jabatan Bomba dan Alam Sekitar.
 
4.    Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Penerangan Malaysia, Selangor beliau sering mengedarkan risalah, bahan bacaan terbitan Jabatan Penerangan, menerangkan matlamat dan aktiviti Jabatan Penerangan / Kerajaan kepada anggota anggota di bawahnya. Pada 21 Okt 03 beliau telah diberikan Pingat Kebaktian ( PK ) dari TLDM atas pengilibatannya yang berterusan selama tigabelas tahun. 
5.       Berdasarkan faktor faktor tersebut adalah diharapkan pihak tuan dapat memberi kelepasan ( Cuti Tanpa Rekod ) kepada beliau sekiranya pihak unit ini mengadakan latihan lanjutan pada masa akan datang.
 
6.       Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai bagi melicinkan lagi pergerakan dan pentadbiran anggota. Sekian, terima kasih.
 
 
 
“ SEDIA BERKORBAN “
 
 
 
 
 
HJ. MOHD NOOR BIN HJ. KASSIM
Komander PSSTLDM
Pegawai Memerintah
 
 
 
 

                           

Today, there have been 3 visitors (4 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free